Berita Utama

Kit Siang bakal terima gelaran Tan Sri?

Tular foto veteran DAP dipercayai lakukan raptai

BANGI, 15 Zulkaedah 1444H, Ahad – Veteran DAP, Lim Kit Siang dijangka menerima gelaran Tan Sri sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke-64, esok.

Perkara itu dikongsikan bekas Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun di Facebook hari ini, yang menunjukkan gambar Kit Siang lengkap berpakaian formal dipercayai bagi menghadiri program raptai.

Menerusi muat naik itu, Jeff Ooi memaklumkan bahawa Kit Siang melakukan raptai dengan menggelarkan bekas Pengerusi DAP itu sebagai Tan Sri.

“Keluarga veteran Lim. Tan Sri Lim Kit Siang (Raptai). Tun Lim Chong Eu. Tun Ling Liong Sik. Tun Lim Keng Yaik.

“Penganugerahan adalah pada hari Isnin, 5 Jun. Masih ada masa untuk membeli songkok.

“Songkok semasa raptai kelihatan tidak begitu muat dengan kepala beliau. Ia kelihatan seperti songkok budak, yang dipakaikan di kepala ayah,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button