Pendapat

Benarkah Lim Kit Siang dapat gelaran Tan Sri, apakah jasanya?

Betulkah selama ini DAP tak hormat institusi Raja-Raja Melayu?

KINI sedang hangat dibincangkan dalam kalangan masyarakat mengenai berita bahawa Lim Kit Siang bakal menerima anugerah gelaran “Tan Sri”.

Ini memang agak mengejutkan ramai pihak tetapi bagi saya ia bukan sesuatu yang di luar jangkaan memandangkan memang sekarang ini dah banyak kejadian-kejadian pelik yang berlaku semenjak Anwar Ibrahim menerajui negara.

Satu demi satu DAP mendapat ‘ghanimah’ dan sebagai bonus, kini ada ramai yang buat kerja mensucikan DAP. Dulu hanya ada PAN tetapi kini, sudah ada yang lebih jaguh dan berlumba-lumba pula tu. DAP tidak perlu bersusah payah untuk ‘backup’ pertahankan diri mereka pun.

Rakyat hendak dengar apa komen DAP dalam bab ini kerana Lim Kit Siang sebenarnya telah melanggar polisi dan tradisi DAP yang tidak membenarkan mana-mana pemimpin mereka menerima apa-apa anugerah sejak turun temurun lagi.

Mungkinkah ini salah satu strategi DAP untuk meneutralkan imej mereka dalam kalangan pengundi Melayu? Dulu Lee Kuan Yew pernah pakai songkok untuk menambat hati orang melayu. Sekarang kita lihat DAP telah mula mengikut jejak yang sama dan ditambah lagi dengan agen-agen ‘pensuci’ yang gigih bekerja siang dan malam.

Ramai juga yang bertanya, selalunya anugerah yang tinggi sebegini diberikan kepada mereka-mereka yang benar-benar telah berjasa kepada negara. Malah, Presiden PKR dan Presiden UMNO pun tidak dapat gelaran setinggi ini.

Lim Kit Siang apa jasanya? Beliau sejak awal lagi memperjuangkan kononnya kesamarataan kaum dengan slogan ‘Malaysian Malaysia’ yang menatijahkan kepada penghapusan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera.

Mungkinkah asas atau kriteria untuk penganugerahan darjah kebesaran sebegini telah berubah? Apakah selepas ini beliau akan dianugerahkan pula gelaran ‘Tun’? Dan akan ada filem ‘Kit Siang: The Untold Story’ pula?

Malah, kini sudah ada pemimpin UMNO dengan bangga dan yakinnya telah memberi justifikasi terhadap penganugerahan (Tan Sri) tersebut. Kononnya dengan menerima anugerah ini menunjukkan DAP sudah mula boleh tunduk hormat mengiktiraf institusi Raja-Raja Melayu atas ‘tarbiyyah’ yang dibuat oleh UMNO.

Maka memang betulkah selama ini DAP tidak tunduk dan tidak hormat terhadap institusi Raja-Raja Melayu?

Semakin banyak menjilat, semakin banyak persoalan yang timbul.

Haji Aminuddin Yahaya
5 Jun 2023

Rujukan: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kit-siang-bakal-terima-gelaran-tan-sri-422430

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button