Berita UtamaDunia

Penduduk Masafer Yatta hidup dalam ketakutan

Penceroboh haram yahudi bakar tanaman, sekat laluan air untuk ternakan

TEBING BARAT, 16 Zulkaedah 1444H, Isnin – Kira-kira 3,000 penduduk di Masafer Yatta – membabitkan 14 buah kampung di selatan Hebron Tebing Barat – kini hidup dalam ketakutan apabila dipaksa keluar daripada rumah mereka oleh pengganas Israel.

Mahkamah Agung Israel telah meluluskan pengusiran rakyat Palestin dengan mendakwa kawasan itu adalah ‘zon tembak’.

Penduduk Palestin mendakwa, laluan yang menghubungkan ke kampung di kawasan berkenaan telah disekat tentera Zionis.

Sementara itu, penduduk yang kebanyakan tinggal di dalam gua di kawasan berkenaan berkata, mereka tidak akan meninggalkan kediaman dalam apa jua keadaan.

Kebimbangan rakyat Palestin kini semakin meningkat berikutan peningkatan jumlah serangan oleh penceroboh haram yahudi selain penubuhan pos-pos penempatan di kawasan berkenaan.

Pada masa sama, peneroka haram Yahudi bertindak agresif apabila sering membakar tanaman penduduk dan menghalang laluan air untuk kegunaan ternakan.

Sementara itu, Ketua Kampung Masafer Yataa, Nidal Younis berkata, serangan peneroka ke atas penduduk semakin ketara dalam beberapa minggu kebelakangan ini. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button