Berita UtamaDunia

Komando Turkiye bantu NATO selesaikan pergolakan di Kosovo

Pertempuran ganas etnik Serb korbankan lebih 30 tentera antarabangsa

ISTANBUL, 17 Zulkaedah 1444H, Selasa – Pasukan komando Turkiye tiba di Kosovo selepas diminta oleh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) untuk membantu menyelesaikan pergolakan di negara Balkan itu.

Kementerian Pertahanan Turkiye dalam kenyataan memaklumkan, kesemua batalion Turkiye itu akan ditempatkan di Kem Sultan Murat di Prizren, Kosovo dan kekal di sana selagi perkhidmatan mereka  diperlukan.

Kementerian juga berkongsi video menunjukkan tentera Turkiye memakai lambang pasukan Kosovo, sebuah misi pengaman yang diketuai NATO yang ditubuhkan pada 1999.

Sejak seminggu lalu, pertempuran ganas dengan etnik Serb telah mengorbankan lebih 30 tentera antarabangsa yang terdiri 11 tentera Itali dan 19 tentera Hungary, manakala lebih 50 penunjuk perasaan cedera.

Pertempuran berkenaan dipercayai berpunca daripada konfrantasi sebelum ini, susulan kemenangan calon etnik Albania yang dipilih selepas menang pilihan raya tempatan di utara Kosovo memasuki pejabat untuk mengambil alih jawatan.

Bagaimanapun, ia disekat etnik Serbia yang sebelum ini memboikot undi berkenaan.

Serbia dan bekas wilayahnya, Kosovo telah berdepan krisis sejak beberapa dekad lalu berikutan enggan mengiktiraf kemerdekaan Kosovo pada 2008.

Turkiye menjadi negara pertama yang mengiktiraf kedaulatan Kosovo dan sehingga kini masih mengekalkan hubungan rapat dengan negara itu.

Susulan kecederaan tentera minggu lalu, NATO menyatakan untuk menghantar 700 tentera tambahan ke utara negara itu.

Malah, kira-kira 500 anggota briged Infantri Turkiye juga akan membentuk pasukan dan membantu meredakan pertempuran di sana. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button