Berita Utama

Pulau Pinang milik Kedah: Dakwaan Sanusi disiasat

4 laporan polis diterima, kes disiasat USJT Bukit Aman

GEORGETOWN, 17 Zulkaedah 1444H, Selasa – Sebanyak empat laporan polis diterima berhubung dakwaan Pulau Pinang milik Kedah oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998,” katanya.

Sebelum ini, Sanusi ketika Majlis Menandatangani Perjanjian Sempadan Darat dan Maritim Antara Kedah-Perlis, mendakwa Kedah dan Pulau Pinang tidak ada sempadan kerana Pulau Pinang masih hak Kedah.

Beliau berkata, Kedah hanya mempunyai sempadan dengan Perak dan Perlis.

Susulan itu, Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer membuat laporan terhadap Menteri Besar Kedah itu berhubung dakwaan berkenaan.

Bahkan Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng turut menggesa 1.8 juta rakyat Pulau Pinang membuat laporan terhadap Sanusi.

Difahamkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan sesuai berhubung kenyataan itu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button