Raja Arab Saudi mahu jadi tuan rumah kepada 1,000 jemaah haji Palestin
Inisiatif hargai pengorbanan keluarga syuhada Palestin

RIYADH, 23 Zulkaedah 1444H, Isnin – Raja Arab Saudi, Salman Abdul Aziz mengeluarkan arahan untuk menjadi tuan rumah kepada 1,000 jemaah Palestin daripada keluarga yang syahid, cedera dan juga tawanan dalam musim haji tahun ini.
Inisiatif itu adalah sebahagian daripada Program Penjaga Dua Masjid Suci Tamu Haji, setiap tahun diawasi oleh Kementerian Hal Ehwal Islam, Seruan dan Bimbingan di Arab Saudi.
Dalam satu kenyataan, Sheikh Dr Abdullatif bin Abdulaziz Al-Sheikh, Menteri Hal Ehwal Islam, Seruan dan Bimbingan Arab Saudi, mengucapkan terima kasih kepada Raja dan Putera Mahkota atas sokongan berterusan mereka terhadap keluarga dan saudara mara syuhada Palestin dan mereka yang cedera.
“Kesinambungan sikap murah hati terhadap jemaah haji Palestin yang menunaikan haji setiap tahun dengan tajaan Penjaga Dua Masjid Suci ini adalah sebagai penegasan kepada kedalaman hubungan dan penghargaan beliau terhadap pengorbanan besar yang dilakukan oleh rakyat Palestin. .” katanya.
Program untuk tetamu Penjaga Dua Masjid Suci merangkumi semua aspek melaksanakan ibadah yang diberkati. – Agensi