Berita Utama

Permohonan penajaan program ijazah dalam negara dibuka 3 Julai

Pelajar bidang perubatan, pergigian dan farmasi boleh memohon

PUTRAJAYA, 26 Zulkaedah 1444H, Khamis – Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama boleh memohon penajaan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), bermula 3 hingga 7 Julai bagi bidang perubatan, pergigian dan farmasi.

JPA dalam satu kenyatan ini hari ini memaklumkan bahawa, perkara itu susulan keputusan kerajaan untuk meneruskan program penajaan JPA dalam tiga bidang tersebut.

Menurut kenyataan JPA itu, ketiga-tiga bidang tersebut turut ditawarkan melalui Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara (LSPM) kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2022.

Tempoh permohonan bagi Program LPSM dilanjutkan sehingga 23 Jun 2023. Sebarang maklumat lanjut berkenaan perkara berkenaan boleh dirujuk di laman sesawang esilav2.jpa.gov.my.

Ahad lepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan memberi jaminan bahawa JPA akan meneruskan pemberian biasiswa kepada pelajar yang melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi.

Menurut Anwar keputusan menghentikan tajaan di bawah JPA, merupakan dasar kerajaan terdahulu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button