Dunia

Pengganas Uganda tembak mati 25 pelajar sekolah

Rompak harta benda sebelum bakar asrama sekolah

KAMPALA, 29 Zulkaedah 1444H, Ahad – Pengganas menyerang sebuah sekolah menengah di daerah Kasese di barat Uganda, membunuh 25 pelajar dan mencederakan lapan yang lain pada Jumaat.

Dalam satu kenyataan, jurucakap polis, Fred Enanga berkata, selepas membunuh pelajar, pemberontak Pasukan Demokratik Bersekutu (ADF) merompak harta benda sebelum membakar asrama sekolah.

“Pemberontak ADF menyerang Sekolah Menengah Lhubirira di perbandaran Mpondwe, terletak kira-kira 2 kilometer dari sempadan DR Congo.

‚ÄúSetakat ini, 25 mayat telah ditemui dari sekolah itu dan dipindahkan ke hospital Bwera,” kata jurucakap itu sambil menambah bahawa lapan pelajar yang cedera turut dibawa ke hospital.

Pemberontak melarikan diri ke Taman Permainan Negara Virunga di DR Congo di mana pihak tentera dan polis Uganda mengejar mereka.

Pemberontak ADF berasal dari Uganda barat pada akhir 1990-an dengan niat untuk menggulingkan rejim Presiden Yoweri Museveni tetapi telah dikuasai oleh angkatan tentera Uganda.

Pasukan pengganas tersebut melarikan diri ke hutan di timur DR Congo, di mana mereka sering melancarkan serangan ke atas kampung dan membunuh orang yang tidak bersalah. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button