Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

41 tahanan wanita maut rusuhan di penjara

Kebanyakan mangsa dibakar dan ditikam ketika pergaduhan

TEGUCIGALPA, 2 Zulhijjah 1444H, Rabu – Rusuhan teruk yang berlaku di penjara Honduras, Amerika Tengah telah menyebabkan 41 tahanan wanita maut dan kebanyakan mereka mati terbakar .

Menurut jurucakap agensi penyiasatan polis Honduras, terdapat laporan menunjukkan banduan yang ditembak dan ditikam di Penjara Tamara, kira-kira 50 kilometer di barat laut Honduras Tegucigalpa.

Malah tujuh banduan wanita kini dirawat di Hospital Tegucigalpa susulan terkena tembakan.

Bagaimanapun kesemua mereka stabil dan dibenarkan keluar hospital dalam masa terdekat.

Seorang banduan yang cedera di luar hospital berkata, banduan Kumpulan Barrio 18, yang ditakuti banduan lain telah menceroboh sel.

Sementara itu, Presiden Xiomara Castro berkata, rusuhan berkenaan telah dirancang oleh kumpulan Maras yang sering mengamuk dan mencetuskan huru-hara ketika berada dalam tahanan.

“Kami akan mengambil tindakan drastik untuk tangani masalah ini,” kata Castri menerusi catatan di laman sosial medianya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button