Berita Utama

Bersatu nafi tawar KJ MB Kelantan atau Kedah

BANGI, 2 Zulhijjah 1444H, Rabu – Parti Bersatu menafikan menawarkan jawatan Menteri Besar Kelantan atau Kedah kepada bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Semalam tular kenyataan kononnya dikeluarkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menawarkan jawatan tersebut kepada Khairy sekiranya parti gabungan parti itu menang di enam negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Kenyataan palsu itu antara lain mendakwa Muhyiddin telah mengadakan pertemuan dengan bekas Menteri kesihatan itu serta menawarkan jawatan besarnya.

“Saya telah mengadakan pertemuan dengan Khairy Jamaluddin serta menjelaskan misi dan visi parti Bersatu dan PN khasnya bagi menghadapi PRN tidak lama lagi.

“Sesi perbincangan tersebut, saya telah memaklumkan kepada Khairy untuk bersama Bersatu dan jawatan yang bakal disandang dalam menjalankan tugasan khas di PRN nanti.

Sekiranya PN berjaya memenagi ke enam negeri di PRB nanti Khairy akan ditawarkan menjadi Menteri besar di kelantan ataupun kedah,” kata kenyataan palsu itu.

Bagaimanapun kenyataan yang kononnya dikeluarkan Muhyiddin dinafikan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button