Berita Utama

Gerakan jangan mimpi jadi Ketua Menteri jika tak dapat tarik undi Cina

Buang sikap ultra kiasu jika nak terus kekal relevan

BANGI, 3 Zulhijjah 1444H, Khamis – Belum masuk ‘gelanggang’ Pilihan Raya Negeri (PRN), Gerakan didakwa berjanji akan membantu untuk mendapatkan peruntukan tetap bagi Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC).

“Inilah sifat ultra kiasu. Mereka tidak fikir soal pembinaan negara bangsa tetapi soal pembinaan Cina.

“Ini tidak betul dan mesti diperbetulkan. Cara berfikir seperti tidak elok bagi pembangunan negara bangsa.

“Apa erti bantuan jika tidak ada inisiatif dalam membina negara bangsa,” demikian sinis Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah sambil menyifatkan parti itu terlampau kecinaan.

Bercakap kepada Ismaweb.net Prof Ridhuan Tee berkata, Gerakan seharusnya berfikir sebagai negarawan, bagaimana untuk membantu memandaikan pelajar Cina dengan bahasa Melayu.

Sekiranya, Gerakan mahu kekal relevan dalam Perikatan Nasional (PN), parti itu perlu membuang sifat ultra kiasu tersebut.

Begitu juga dalam perkara lain, jangan campur tangan atau celupar dalam perkara berkaitan dengan Islam dan hak istimewa Melayu dan Bumiputera.

Selain itu, Prof Ridhuan Tee secara sinis mengingatkan Gerakan untuk tidak bermimpi memegang jawatan Ketua Menteri jika tidak dapat menarik undi orang Cina dalam PRN bagi enam negeri yang akan diadakan tidak lama lagi.

Katanya, jika kerusi PN banyak dimenangi oleh calon Melayu, sudah sampai masanya jawatan Ketua Menteri diberikan kepada pemimpin PN Melayu.

“Keadilan perlu diberikan kepada orang Melayu yang memilih PN.

“Kita tengok dalam lima tahun berjaya atau tidak Melayu memajukan dan menjaga kebajikan semua kaum di Pulau Pinang.

“Jika diberikan juga kepada Gerakan dalam keadaan Cina tidak mengundi parti itu, ia merupakan satu ketidakadilan kepada pengundi Melayu,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button