Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Jumlah pinjaman KWSP FSA2 cecah RM1 bilion

KUALA LUMPUR, 3 Zulhijjah 1444H, Khamis – Sejumlah RM981.9 juta telah diluluskan bagi Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setakat 11 Jun lepas, menurut Kementerian Kewangan.

Katanya, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM878.6 juta di bawah MBSB Bank Bhd dan baki, RM103.3 juta dengan Bank Simpanan Nasional (BSN).

FSA2 telah dipohon oleh 168,925 orang, namun yang layak hanya 88,414 orang. Daripada jumlah ini, seramai 47,696 orang bersetuju untuk menerima tawaran pembiayaan tersebut, katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Negara hari ini.

Ia menjawab pertanyaan lisan Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff yang ingin tahu jumlah pencarum yang telah memohon dan mendapat kelulusan pinjaman menggunakan KWSP sebagai cagaran sehingga Mei 2023.

Permohonan yang tidak layak adalah disebabkan pemohon tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti permohonan tidak lengkap, di luar umur kelayakan dan baki simpanan Akaun 2 tidak mencukupi.

Permohonan program FSA2 Fasa 1 dibuka sejak 7 April lalu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button