Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Sistem pendidikan negara masih terikat falsafah Barat

Wajar semak semula, hasilkan sistem pendidikan insaniah

Oleh Zuhayati Yazid

BANGI, 5 Zulhijjah 1444H, Sabtu – Sistem pendidikan negara hari ini masih terikat dengan kerangka falsafah Barat yang hanya berteraskan kemanusiaan semata-mata.

Situasi itu hanya menghasilkan pemikiran sekular dan mengutamakan bidang ilmu komersial, selain membentuk manusia demi kelangsungan keuntungan peribadi dan global.

Keadaan itu hanya merugikan negara, sedangkan falsafah pendidikan Islam yang sebenar perlu seimbang antara ilmu dan agama kata Felo Kanan Pusat Kajian Pemikiran dan Peradaban Ummah (PEMIKIR), Dr Nornajwa Ghazali.

“Apa yang kita nampak falsafah pendidikan negara kelihatan cantik tetapi masih ada masalah dan kelompongan yang berlaku kerana masih terbawa-bawa budaya Barat.

“Sepatutnya kita perlu lihat akar dan dasar falsafah pendidikan itu dibina, atas sebab mahu melahirkan insan yang bertanggungjawab sebagai khalifah untuk memakmurkan alam ini,” katanya ketika ditemui Ismaweb.net, hari ini.

Beliau menjadi panel dalam Wacana Falsafah Kenegaraan dengan membentangkan tajuk: Konsep & Falsafah Pendidikan di Bangi Resort Hotel, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Nornajwa berkata, ketiadaan hala tuju dalam falsafah pendidikan negara yang bersepadu adalah punca generasi muda hari ini tidak mengenal diri dan hala tuju diri walaupun telah menamatkan pengajian.

“Itu yang kita terima apabila prooduk pendidikan hari ini, sikap anak muda seperti tiada arah hala tuju, tidak mengenal diri, tidak tahu tanggungjawab, dan paling membimbangkan golongan ini tidak kenal Allah.

“Kiita lihat ada anak-anak muda yang masih berpeleseran semuanya berpunca kerana tidak tahu tanggungjawab dan dan hala tuju hidup mereka,” katanya.

Justeru, beliau mencadangkan supaya sistem pendidikan negara diteliti dan disemak semula bagi melahirkan sistem pendidikan yang bersepadu.

Paling utama, ia mampu memacu peradaban seterusnya menamatkan kemelut permasalahan sosial semasa.

Beliau menegaskan, selagi falsafah Barat masih melatari falsafah pendidikan negara, amat sukar untuk menyelesaikan kelompongan dalam sistem pendidikan negara.

“Kita bukan menyalahkan semuanya, tetapi perlu ada semakan sistem supaya ada penambahbaikan.

“Kita mahu ia digantikan dengan lebih baik sesuai dengan sistem pendidikan negara kita,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button