Pendapat

Turkiye negara kemanusiaan contoh

Ankara jadi hos pada 3.6 juta pelarian Syria, kerja kemanusiaan di benua Afrika

1. SALAH satu unsur penting yang menjadikan Turkiye sebagai Global Humanitarian Player adalah ‘Humanitarian Diplomacy’.

2. Humanitarian Diplomacy adalah proses tawar-menawar, rundingan dan advokasi yang terlibat dengan mempromosikan dan melindungi hak asasi manusia antarabangsa dan prinsip-prinsip kemanusiaan. Dalam konteks Turkiye, ia adalah salah satu kunci utama dalam hubungan luar. 

Hal ini jelas terlihat dalam lawatan Emine Erdogan ke kem pelarian Rohingya di Bangladesh, lawatan Recep Tayyip Erdogan ke khemah orang miskin di Somalia dan solidariti beliau terhadap Muslim Uighur.

3. Humanitarian Diplomacy ini telah banyak membantu Turkiye meluaskan pengaruh politik dan ekonominya kepada negara-negara lain, terutamanya negara-negara Afrika. Buktinya, Turkiye diiktiraf oleh African Union (AU) sebagai pemain utama dalam “African Economic Outlook 2011”.

4. Di peringkat pelaksanaan pula, Turkiye juga mempunyai struktur yang kukuh dalam memastikan koordinasi kerajaan dan NGO. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Turkiye menubuhkan agensi penyelaras, iaitu Turkish Cooperation and Coordination Agency (TİKA).

Dengan 62 pejabat di 60 buah negara seluruh dunia, TIKA menyelaras dan bekerjasama dengan Humanitarian NGO (HNGO) Turkiye untuk menyampaikan bantuan. Ibaratnya, Wisma Putra memainkan peranan mengkoordinasikan HNGO Malaysia dalam kempen korban Kemboja, projek air bersih dan lain-lain.

5. Maka tak hairanlah HNGO Turkiye lebih aktif daripada HNGO Malaysia di Mindanao, Acheh, dan negara ASEAN lain, walaupun HNGO Turkiye turut sibuk menjadi hos kepada 3.6 juta pelarian Syria dan kerja-kerja kemanusiaan di benua Afrika.

BILAL JAILANI
Pengurus Besar Yayasan Ikhlas
Misi Turkiye Jun 2023

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button