Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Plat kenderaan ‘isteri Perdana Menteri’ bukan permintaan Wan Azizah

Kemudahan kenderaan, plat disediakan kerajaan negeri Sabah

BANGI, 6 Zulhijjah 1444H, Ahad – Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong menjelaskan, gambar plat kenderaan ‘Isteri YAB Perdana Menteri’ seperti yang tular di media sosial bukan atas permintaan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam satu kenyataan, beliau menjelaskan, kerajaan negeri sudah lama menyediakan kenderaan itu kepada tetamu kenamaan (VIP) ketika lawatan kerja atau rasmi ke Sabah.

“Saya mengambil perhatian bahawa pada hari ini gambar plat kenderaan isteri Perdana Menteri yang diambil di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu telah tular di media sosial.

“Adalah menjadi amalan kerajaan negeri Sabah bertanggungjawab menyediakan kemudahan kenderaan bagi Perdana Menteri dan isteri, Timbalan-timbalan Perdana Menteri dan isteri serta yang melibatkan kehadiran tetamu-tetamu VIP ke Sabah ketika lawatan kerja dan lawatan rasmi.

“Kemudahan kenderaan yang disediakan termasuklah meletakkan plat kenderaan atas nama gelaran jawatan tetamu dan isteri yang menggunakan kenderaan tersebut,” katanya.

Safar berkata, kerajaan negeri Sabah turut menyediakan kenderaan mengikut kesesuaian jadual perjalanan ketika berada di Kota Kinabalu.

“Plat yang ditularkan adalah bukan atas permintaan Datin Seri Dr Wan Azizah,” katanya.

Terdahulu, tular gambar di media sosial yang memaparkan plat kenderaan ‘Isteri YAB Perdana Menteri’ dan mencetuskan rasa tidak puas hati pengguna media sosial.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button