Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

eBeliaRahmah: Mengapa pelajar IPG dianaktirikan?

MP Muar mahu kerajaan berlaku adil pada bakal guru

BANGI, 7 Zulhijjah 1444H, Isnin – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoalkan mengapa pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) dianaktirikan daripada menerima kredit RM200 bagi program eBeliaRahmah.

Dalam satu hantaran di Twitter hari ini, beliau menegaskan pelajar IPG juga adalah mahasiswa sepenuh masa.

“Alhamdulillah, selepas lebih setengah tahun menunggu. Akhirnya ebelia dikreditkan.

“Tapi, kenapa pelajar IPG ditinggalkan? Mereka ini pelajar sepenuh masa juga. Bakal cikgu!

“Pelajar lain semua dapat. Tak kira kaya dan miskin, di IPTA dan IPTS, Kenapa mereka dianaktirikan lagi?,” soalnya.

Beliau turut memuat naik tangkap layar dipercayai daripada seorang penuntut IPG yang meminta penjelasan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas permohonannya untuk menuntut eBeliaRahmah tidak berjaya.

Sementara itu, menjawab komen yang mempersoalkan pelajar IPG sudah mempunyai elaun, Syed Saddiq berkata, elaun yang diperoleh pelajar IPG tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk menganaktirikan golongan itu dalam menerima eBeliaRahmah.

“Cukup-cukuplah menganaktirikan bakal cikgu dengan hujah ini. Pelajar biasiswa atau elaun lain pun dapat.

“Anak orang kaya pun dapat. Berlaku adil kepada semua bakal guru kita!” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button