Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Negara perlukan pemikiran peradaban falsafah baru

Henti wacana yang fokus polisi atau pertukaran pemimpin semata-mata

BANGI, 7 Zulhijjah 1444H, Isnin – Wacana Falsafah Kenegaraan membawa konsep unik kerana membincangkan isu melalui kerangka falsafah mendirikan negara dalam identiti nasional yang tersendiri.

Pengarah Pusat Kajian Pemikiran dan Peradaban Ummah (PEMIKIR), Ustaz Firdaus Zalani berkata, negara akan terus berada dalam kitaran masalah yang sama sekiranya masyarakat kekal dengan gaya perbahasan kenegaraan sedia ada.

Beliau berkata, satu jalan keluar bagi mengatasi masalah ini adalah mengangkat wacana kenegaraan dalam kerangka falsafah untuk pergi lebih jauh.

“Saya harapkan wacana ini memberi manfaat dan membuka ufuk perspektif yang berbeza kepada semua.

“Saya harapkan wacana seperti ini akan lebih banyak diperbahaskan, sama ada di kalangan masyarakat dan media.

“Mungkin juga di kalangan ilmuwan dan cendekiawan di dalam dunia akademik dan universiti,” katanya dalam sebuah video yang dikongsi pada akaun TikTok rasmi PEMIKIR.

Dalam pada itu, beliau menggesa agar wacana kenegaraan perlu memberi fokus terhadap pembangunan serta kemajuan negara, dan bukannya tertumpu kepada aspek dasar, polisi atau pertukaran pemimpin semata-mata.

Beliau berkata, wacana kenegaraan dengan kerangka falsafah membantu negara merancang pembangunan dan kemajuan dengan hala tuju yang jelas.

“Kita mempunyai satu gambaran yang tepat, apakah bentuknya, apakah landasannya, dan apakah makna dari segi definisinya, supaya akhirnya apabila kita membuat satu polisi atau dasar untuk menjayakan tujuan pembangunan dan kemajuan.

“Akhirnya kita dapat mendirikan negara kita ini dalam identiti nasional yang tersendiri, berbeza dengan identiti, atau kecelaruan dalam konsep kenegaraan Barat yang wujud pada hari ini,” katanya.

Sabtu lalu, Gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Pusat Kajian Pemikiran dan Peradaban Ummah (PEMIKIR) mengadakan Wacana Falsafah Kenegaraan yang julung kalinya diadakan di Bangi Resort, Hotel.

Wacana ini menghimpunkan kira-kira 250 para pemikir, sarjana dan tokoh-tokoh masyarakat yang berkongsi pandangan bagi memberi sumbangan idea untuk pembangunan ummah.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button