Berita Utama

Sukar BN-PH rampas Kedah, Terengganu, Kelantan

'Status quo' pentadbiran pakatan 6 negeri mungkin kekal

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 7 Zulhijjah 1444H, Isnin – Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dijangka sukar untuk menembusi kubu kuat Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ini kerana, pentadbiran PN di negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu sudah cukup kuat dan popular dalam kalangan pengundi, kata penganalisis politik, Dr Azmi Hassan.

Pun begitu, beliau tidak menolak kemungkinan ‘status quo’ pentadbiran pakatan bagi enam negeri yang bakal berdepan PRN tidak lama lagi akan kekal.

“Sementara di tiga negeri PH pula, walaupun ketika Parlimen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menunjukkan sedikit kemaraan PN, terutamanya Bersatu tetapi masih tidak cukup untuk menukar kerajaan dan memperolehi majoriti dalam setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Justeru, saya melihat ‘status quo’ akan kekal,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Azmi berkata, perkara yang dinanti-nantikan pada PRN kali ini adalah jumlah kerusi yang mampu dirampas oleh pihak lawan di setiap negeri.

“Cuma yang menjadi tarikan adalah bagi PN merampas berapa banyak kerusi yang boleh dirampas di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan begitu juga sebaliknya.

“Itu menjadi petunjuk kekuatan PN dan PH dalam perkara ini,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button