Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Ahmad Samsuri menghadap Sultan Terengganu mohon bubar DUN

Kenyataan bertulis berhubung pengumuman tarikh akan dikeluarkan MB

KUALA TERENGGANU, 8 Zulhijjah 1444H, Selasa – Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pagi ini, bagi memohon perkenan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ahmad Samsuri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Terengganu tiba di Istana Syarqiyyah di sini, pada 8.38 pagi untuk sesi menghadap berkenaan.

Beliau sempat membuka cermin kereta dan melambai tangan ke arah pengamal media yang berkumpul di luar istana.

Dijangka tiada sidang media khas mengenai pengumuman tarikh pembubaran DUN hari ini, sebaliknya menteri besar hanya akan mengeluarkan kenyataan bertulis setelah selesai sesi menghadap.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU), PAS mengambil alih pentadbiran kerajaan Terengganu daripada Barisan Nasional (BN) selepas memenangi 22 daripada 32 kerusi DUN, manakala BN hanya memperoleh 10 kerusi.

Tempoh mandat bagi DUN Terengganu akan berakhir pada 30 Jun ini.

Terengganu antara enam negeri yang akan mengadakan PRN pada tahun ini selain Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah.

DUN Kelantan dibubarkan pada 22 Jun manakala DUN Selangor sehari selepas itu.

DUN Kedah dan Pulau Pinang masing-masing akan dibubarkan esok manakala DUN Negeri Sembilan dijangka dibubarkan pada 30 Jun.- Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button