Berita Utama

Budaya anak muda minta ganjaran demi undi parti tertentu tanda normalisasi rasuah

Ramai masih pandang tanggungjawab mengundi sebagai satu beban

BANGI, 9 Zulhijjah 1444H, Rabu – Sikap anak muda yang sering meminta ganjaran bagi mengundi parti tertentu ketika pilihan raya adalah tanda normalisasi budaya rasuah yang berlaku dalam negara.

Ketua Pemuda BERJASA, Mohd Fahmi Bazlan berkata, anak muda dalam negara sudah terpalit dengan konsep mengundi dengan mendapat ganjaran tertentu daripada parti yang bertanding.

“’Demand’ ini yang saya bimbang kerana apabila anak muda ataupun rakyat Malaysia sendiri yang hari ini sudah pun terpalit dengan budaya “undi dapat apa”. Kalau saya undi PN, PN boleh bagi apa? Saya undi PH, PH, boleh bagi ap?

“Demand ini adalah sesuatu yang sangat buruk, sangat berbahaya, sangat berisiko, kerana apabila kita menuntut sesuatu dengan pemberian, maka itu dah dijadikan sebagai satu budaya rasuah.

“Kalau kita melihat realiti hari ini, anak muda sudah ‘demand’. Maka sebenarnya mereka sudah terikut-ikut dengan budaya rasuah,” katanya menerusi video di TikTok peribadi miliknya

Dalam pada itu, Mohd Fahmi berkata, sesetengah anak muda tidak tahu bahawa rakyat sudah boleh mula mengundi ketika berumur 18 tahun.

Beliau menambah, pihak kerajaan tidak mempunyai mekanisme yang efisien untuk mendekati golongan pengundi muda dan membawa mereka ke pusat mengundi bagi menjalankan tanggungjawab.

Beliau berkata, anak muda memandang tanggungjawab mengundi sebagai satu beban, walaupun hakikatnya ialah satu kewajiban setiap warganegara.

“Ramai yang melihat menunaikan tanggungjawab mengundi itu adalah satu beban. Beban yang memerlukan mereka korbankan masa, perlu belanja, beratur panjang, dan perlu travel memerlukan beberapa komitmen untuk pergi mengundi.

“Jadi bagi anak muda mereka nak kan sesuatu yang mudah. Bila berdepan dengan sedikit kesukaran tanpa kesedaran, perkara ini takkan berlaku, pengorbanan itu takkan datang,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button