Dunia

PBB keluarkan senarai 112 syarikat jalankan perniagaan dengan Israel

Data gesa syarikat terbabit semak semula aktiviti di penempatan haram

GENEVA, 12 Zulhijjah 1444H, Sabtu – Pejabat Hak Asasi Manusia PBB mengemas kini senarai syarikat yang menjalankan perniagaan dengan penempatan haram Israel, dan mengeluarkan 15 syarikat daripada pangkalan data yang tidak lagi terbabit.

Kemas kini tersebut dikeluarkan di tengah-tengah keganasan yang melonjak di Tebing Barat dalam tempoh 15 bulan yang lalu.

Ia termasuk pertempuran maut semasa serbuan tentera haram Israel di bandar-bandar yang tidak menentu seperti Jenin.

Bagaimanapun, senarai PBB terhad dari segi skop kerana sekatan belanjawan, dan pejabat hanya dapat menyemak senarai asal 112 syarikat.

Tiada sebarang komen daripada Israel dengan Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu, menolak angka yang dikeluarkan oleh PBB.

Pangkalan data itu diberi mandat oleh Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada 2016, tetapi tidak dikeluarkan sehingga 2020.

Kumpulan masyarakat sivil berkata, pangkalan data itu adalah alat penting untuk memastikan ketelusan di sekitar aktiviti perniagaan di Tebing Barat.

Pihaknya turut menggesa syarikat terbabit memikirkan semula aktiviti mereka dalam wilayah yang diduduki.

Kebanyakan firma yang dinamakan dalam pangkalan data bermastautin di Israel ketika ia ditubuhkan, manakala syarikat lain termasuk firma antarabangsa yang disenaraikan di Amerika Syarikat, Britain dan Perancis.

Pembuat makanan berbungkus, General Mills, adalah satu daripada dua firma antarabangsa yang dikeluarkan daripada senarai. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button