Berita Utama

PRN: KPM terima senarai sekolah jadi pusat mengundi

Sentiasa bersedia dengan kemudahan, aset serta prasarana sekolah yang ada

BANGI, 13 Zulhijjah 1444H, Ahad – Kementerian Pendidikan (KPM) telah menerima senarai sekolah-sekolah yang akan terlibat untuk proses membuang undi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Shafruddin Ali Hussin berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan kelancaran proses PRN tidak lama lagi.

“Semua persiapan telah dilakukan untuk keselesaan pengundi dan petugas PRN sepanjang proses pembuangan undi sekolah-sekolah terlibat.

“KPM sentiasa bersedia dengan kemudahan, aset serta prasarana sekolah yang ada untuk digunakan pada hari pengundian nanti,” katanya seperti dilapor akhbar tempatan, hari ini.

Shafruddin bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah keseluruhan sekolah yang terlibat untuk dijadikan tempat mengundi di enam negeri tersebut.

Mengulas lanjut, beliau berkata, KPM juga menerima senarai nama guru yang akan terlibat dalam PRN berkenaan.

Malah, kesemua guru itu akan mengikuti taklimat penugasan PRU yang dijalankan pihak SPR terlebih dahulu.

Enam negeri membabitkan Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah, dan Terengganu dijangka mengadakan PRN secara serentak kali ini.

Negeri Sembilan menjadi negeri terakhir yang membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 1 Julai selepas lima negeri lagi melakukan sebelum itu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button