Berita Utama

Radzi kecam doa kematian dibuat pembantu Setiausaha Politik PM

Tiada adab doakan kematian orang lain

BANGI, 13 Zulhijjah 1444H, Ahad – Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mengecam kenyataan dimuat naik seorang pengguna Twitter yang berdoa dan mengharapkan kematian Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Menteri Pendidikan itu turut berkongsi pautan hantaran tersebut di Facebook miliknya sambil menjelaskan perkara tersebut diketahui selepas dimaklumkan oleh seseorang individu kepadanya.

“Seorang anak muda berkongsi berita berkaitan hantaran ini dengan saya. Katanya, ‘Teruknya PH ni’!

“Jawab saya, memang teruk dan tiada adab,” katanya.

Kenyataan berkenaan menjadi tular di media sosial dan dipercayai dilakukan oleh pembantu kepada Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin iaitu Ahmad Zaki Yamani.

Malah, hantaran itu turut mendapat respon Perdana Menteri yang meminta permohonan maaf dibuat segera selepas menyifatkan perbuatan berkenaan sebagai biadab.

Sabtu lalu, Abdul Hadi dilaporkan ditahan di hospital susulan keadaan kesihatan yang merosot.

Parkara demikian dimaklumkan anak sulungnya Muhammad Khalil Abdul Hadi dan memohon doa dan solat hajat khusus untuk kesembuhan bapanya yang sedikit merosot sebelum Aidiladha, dan kini menerima rawatan dan pemantauan lanjut oleh pihak doktor di hospital.

Dalam perkembangan terbaharu, pemimpin nombor satu PAS itu semakin beransur baik dan dipindah ke wad biasa berbanding sebelum ini yang Unit Rawatan Koronari (CCU).

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button