Berita Utama

Ciapan biadab: Zaki Yamani mohon maaf kepada Abdul Hadi

Permohonan maaf dibuat selepas PM arah berbuat demikian

BANGI, 14 Zulhijjah 1444H, Isnin – Pengguna laman sosial Twitter yang menulis ciapan biadab berhubung keadaan kesihatan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, tampil membuat permohonan maaf.

Permohonan maaf itu dibuat Zaki Yamani pada Isnin menerusi akaun Twitter selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan dia berbuat demikian.

“Mengambil perhatian ciapan YAB PM @anwaribrahim dan pandangan rakan-rakan, saya memohon maaf kepada isteri-isteri dan keluarga Tan Sri Abdul Hadi Awang andai ciapan saya ini mengguris perasaan,” katanya.

Terdahulu, Zaki Yamani mendoakan supaya Allah mengambil segera nyawa Abdul Hadi selepas Presiden PAS itu dilaporkan telah dimasukkan ke hospital kerana tidak sihat.

“Doa: Ya Allah! Ambil lah nyawa Abdul Hadi Awang. Hentikan kerosakan yang dilakukan nya di muka bumi. Hentikan fitnah yang dibawanya terhadap agama-Mu.
Ambil sekali Mahathir,” tulisnya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button