Dunia

AS sokong jenayah Israel serbu bandar Jenin

Rumah Putih dakwa kononnya Zionis pertahankan hak dan rakyat mereka

WASHINGTON, 15 Zulhijjah 1444H, Selasa – Negara pembuli, Amerika Syarikat menyokong tindakan biadab dan jenayah kemanusiaan yang dilakukan negara pengganas Israel terhadap penduduk Palestin.

“Kami menyokong keselamatan dan hak Israel untuk mempertahankan rakyatnya daripada gerakan Hamas, Jihad Islam Palestin dan kumpulan lain,” kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih.

Sembilan rakyat Palestin terbunuh dan sekurang-kurangnya 50 lagi cedera akibat tembakan tentera Israel di Tebing Barat yang diduduki awal Isnin, menurut Kementerian Kesihatan.

Serbuan itu berlaku hanya beberapa hari selepas pemimpin Jihad Islam dan kumpulan Hamas yang berpangkalan di Gaza, Ziad Nakhalah dan Ismail Haniyeh, melawat Tehran dan mengadakan perbincangan meluas dengan pegawai tinggi Iran.

Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat yang diduduki sejak beberapa bulan kebelakangan ini di tengah-tengah serangan berulang Israel ke bandar-bandar Palestin.

Hampir 190 rakyat Palestin telah dibunuh oleh tentera Israel sejak awal tahun ini.

Sekurang-kurangnya 25 warga Israel juga telah terbunuh dalam serangan berasingan dalam tempoh yang sama, lapor Kementerian Kesihatan. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button