Berita Utama

COVID-19: Operasi talian CPRC ditamatkan

Orang ramai boleh guna Interactive Helpdesk di MySejahtera

BANGI, 16 Zulhijjah 1444H, Rabu – Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan operasi talian COVID-19 Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan telah ditamatkan sejak 1 Julai lalu.

KKM dalam kenyataan memaklumkan, operasi talian yang ditamatkan adalah membabitkan Talian Hotline CPRC dan Talian Bantuan CAC Maya.

“Berikutan penamatan talian tersebut, sekiranya mempunyai pertanyaan lanjut berkenaan COVID-19, orang ramai boleh menghantar e-mel ke [email protected].

“Untuk pertanyaan berkenaan MySejahtera, sila gunakan Interactive Helpdesk dalam aplikasi MySejahtera,” katanya.

CPRC yang ditubuhkan melalui Rancangan Malaysia ke-9 (2005-2010), berfungsi sebagai penyelaras, pusat arahan dan koordinasi bagi aktiviti kesiapsiagaan serta respon terhadap kejadian wabak penyakit berjangkit, kecemasan, krisis dan bencana di peringkat kebangsaan.

Ia juga berperanan merancang pembangunan sumber insan, peralatan perlindungan diri, ubat-ubatan dan vaksin agar mencukupi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button