Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

PRN 6 negeri, SPR peruntuk RM420 juta

Perbelanjaan babitkan 3,450 pusat mengundi, 17,425 saluran mengundi

BANGI, 16 Zulhijjah 1444H, Rabu – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memerlukan RM420 juta bagi pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang ditetapkan pada 12 Ogos depan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, perbelanjaan berkenaan membabitkan 3,450 pusat mengundi dengan 17,425 saluran mengundi diguna pakai bagi proses pengundian.

Ia melibatkan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, 45 kerusi DUN Kelantan, 32 kerusi DUN Terengganu, 40 kerusi DUN Pulau Pinang, 56 kerusi DUN Selangor dan 36 kerusi DUN Negeri Sembilan.

“Seramai 153,760 orang petugas dilantik bagi mengendalikan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) DUN Ke-15 itu, selain 245 Pegawai Pengurus Pilihan Raya dibantu 740 Penolong Pegawai Pengurus.

“Manakala bagi memantau aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen, SPR menubuhkan 252 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) yang turut dianggotai wakil daripada polis, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan wakil calon bertanding,” katanya.

Dalam pada itu Abdul Ghani berkata, sebanyak 173 pusat penamaan calon (PPC) dan 186 Pusat Penjumlahan Rasmi Undi (PPRU) akan digunakan.

SPR menetapkan hari mengundi pada 12, manakala hari penamaan calon pada 29 Julai dan hari pengundian awal pada 8 Ogos.

Ia akan melibatkan kira-kira 9,773,571 orang pemilih mengikut Daftar Pemilih Tambahan Bulan April Tahun 2023 yang dikemas kini sehingga 21 Jun lalu.

Abdul Ghani berkata, jumlah pemilih itu meliputi 9,674,456 pengundi biasa, 49,660 tentera dan pasangan, 47,728 polis serta pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan 1,727 orang pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

Katanya, tempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 29 Julai (Sabtu) sehingga 11.59 malam, 11 Ogos (Jumaat).

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button