Berita UtamaDunia

Turkiye masih enggan sokong Sweden sertai NATO

Sidang kemuncak minggu hadapan jadi penentu nasib negara Nordik

BRUSSELS, 18 Zulhijjah 1444H, Jumaat – Sweden gagal meyakinkan Turkiye supaya menarik balik kuasa vetonya terhadap bidaan keahlian Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) negara Nordik itu.

Tetapi, ketua perikatan itu berkata, mungkin masih ada ruang Sweden untuk mencapai kejayaan menjelang sidang kemuncak minggu depan.

Pada hari Khamis, Menteri Luar Turkiye dan Sweden bertemu di ibu pejabat keselamatan NATO di Brussels dalam usaha merapatkan jurang perbezaan.

Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan berkata, Sweden telah mengambil beberapa langkah untuk menangani kebimbangan Ankara berhubung dakwaan sokongannya terhadap Parti Pekerja Kurdistan (PKK), sebuah entiti pengganas menurut Turkiye, AS dan Kesatuan Eropah.

“Sweden mengambil beberapa langkah termasuk menghapuskan sekatan industri pertahanan terhadap Turkiye,” kata Fidan.

Sweden mengakui cuba menangani kebimbangan Turkiye, dan Menteri Luar Tobias Billstrom berkata: “Kami telah memenuhi semua komitmen…Turkiye tetap dengan keputusannya.”

Pada 1 Jun, Stockholm melancarkan undang-undang antikeganasan – seperti yang didesak  Turkiye.

Undang-undang berkenaan meluluskan ekstradisi ke Turkiye, ke atas seorang individu yang mengisytiharkan dirinya sebagai penyokong PKK kerana kesalahan dadah.

Pada hari Khamis, undang-undang baharu itu juga dipraktikkan apabila mahkamah Sweden mensabitkan kesalahan terhadap seorang warga Turkiye kerana ‘cubaan membiayai pengganas’ PKK. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button