Dunia

Penduduk haram Israel kejam cemar air minuman penduduk Palestin

Tanah pertanian dibakar, lembu dibiar ragut tanaman milik Palestin

TEBING BARAT, 21 Zulhijjah 1444H, Isnin – Penduduk haram Israel bertindak kejam menyerang orang awam Palestin dan mencemarkan air minuman mereka selepas menyerbu penduduk Badwi Arab Al-Kaabneh, di sebelah barat Jericho di Tebing Barat yang diduduki.

Aktivis Palestin, Hasan Mlaihat yang mendokumentasikan pelanggaran hak asasi manusia Israel di kawasan itu mendedahkan, sekumpulan peneroka haram menyerang dua rumah, selain membiarkan lembu meragut tanaman milik Palestin sehingga menyebabkan kerosakan.

Katanya, peneroka haram Israel turut bertindak mencampakkan bahan yang tidak diketahui ke dalam tangki air penduduk sehingga mengakibatkan pencemaran.

Sementara itu di wilayah Nablus, peneroka haram Israel membakar berpuluh-puluh dunum tanah Palestin di kampung Lubban esh-Sharkiya, menurut sumber tempatan.

Ketua kampung, Yaacob Eweis berkata, peneroka Israel membakar kawasan besar tanah pertanian yang menyebabkan kerosakan kepada tanaman dan puluhan pokok zaitun.

Yaacob menggesa institusi antarabangsa dan hak asasi manusia untuk segera campur tangan bagi menghentikan serangan peneroka ke atas kampung serta tanah pertanian di wilayah berkenaan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button