PRN: Memang wajar MCA tak diberi satu kerusi pun
Andai ditendang keluar BN (PH) pun wajar sebab kurang ajar

JIKA tidak faham Perlembagaan dan hidup bernegara, parti politik seperti ini tidak wajar dibiarkan hidup. Haramkan sahaja. Orang yang bercakap itupun tidak wajar tinggal di sini.
Apabila Perdana Menteri (PMX) mempertahankan sistem kuota pelajar Bumiputera dalam pendidikan, tiba-tiba pemimpin MCA melatah seperti cacing kepanasan. DAP diam sahaja.
Patutlah BN tidak beri satu pun kerusi kepada MCA, memang wajar pun.
Bagaimana parti politik sekian lama ditubuhkan, tidak faham Perlembagaan, tidak faham hidup bernegara, tidak faham sensitiviti orang Melayu dan Bumiputera. Tidakkah perkataan kuota itu ada dalam Perlembagaan?
Ketua Pemudanya kata keputusan dibuat PMX itu adalah langkah mundur yang menyebabkan masyarakat Cina berasa ‘tertipu’.
Ini keputusan yang betul, berpandukan kepada Perlembagaan, tertipu apanya.
Kalau MCA tidak setuju, masih mendakwa sebahagian daripada kerajaan, keluar sahajalah. MCA sudah tidak relevan lagi, khususnya kepada orang Cina, walaupun namanya parti Cina. Jika MCA rasa kuat dan berpengaruh, cubalah bertanding dalam PRN akan datang, kalau tidak hilang wang deposit?
Pemimpin pemuda MCA berkata lagi, kenyataan PMX ini akan membuatkan rakyat Malaysia berasa seperti kita telah mundur ke tahun 1960-an dan 70-an dan menenggelamkan semua kemajuan yang telah kita capai.
Yang akan memundurkan Malaysia bukan kenyataan PMX tersebut, tetapi wujudnya parti seperti MCA, yang tidak faham Perlembagaan, tidak faham sejarah dan tidak faham hidup bernegara. Kenyataan kamu ini akan menjadikan negara ini kacau bilau kerana ia menggugat keharmonian kaum dan hak penduduk asal.
Saya tidak nafikan kenyataan PMX itu kenyataan politik, demi memancing undi Melayu dan Bumiputera, tetapi kenyataan itu tidak boleh disanggah, sebab ia bertepatan dengan Perlembagaan dan sejarah Tanah Melayu.
Isu kuota ini tidak ada kaitan dengan punca universiti-universiti di Malaysia tidak dapat bersaing atau meningkatkan kedudukannya di peringkat global, hanya disebabkan sistem kuota berkenaan.
Isu kuota tidak ada kaitan dengan penarafan bintang atau ranking.
Soal ranking ini pun permainan Yahudi. Kita sudah terperangkap.
Apa guna berada dalama ranking, kalau manusia hidup seperti haiwan?
Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah