Berita UtamaDunia

Serangan bom ragut nyawa 8 sekeluarga di Somalia

Pengganas sengaja tanam periuk api di jalan utama, balas dendam pada orang awam

MOGADISHU, 22 Zulhijjah 1444H, Selasa – Pengeboman di jalan raya dipercayai dilakukan kumpulan pengganas Al-Shabaab mengorbankan lapan orang yang terdiri daripada satu keluarga di tengah Somalia, semalam.

Letupan itu berlaku berhampiran sebuah kampung di luar Buloburde, kira-kira 220 kilometer di utara Mogadishu.

“Lapan orang awam yang tidak bersalah terbunuh daripada keluarga yang sama, termasuk seorang wanita,” kata Datuk Bandar Buloburde, Sadam Abdi Idow.

Menurut saksi yang dikenali Abdikarin Hassan, tujuh mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

“Ini adalah bencana, tiga daripada satu keluarga, dan selebihnya daripada keluarga lain yang berkaitan. Mereka semua mempunyai kaitan kekeluargaan,” katanya.

Al-Shabaab, yang bergabung dengan kumpulan Al-Qaeda, telah cuba menggulingkan kerajaan di Mogadishu sejak 2007 melalui pemberontakan berdarah.

Anggota kumpulan Al-Shabaab telah dihalau dari Mogadishu pada 2011 tetapi ia kekal sebagai kuasa maut, walaupun serangan besar dilancarkan Ogos lalu.

Menurut sumber tentera, serangan berhampiran Buloburde berlaku berikutan pertempuran berterusan di wilayah itu.

“Pengganas telah dikalahkan semasa konfrontasi bersenjata ini namun mereka membalas dendam terhadap orang awam.

“Mereka sengaja menanam periuk api di sepanjang jalan utama yang digunakan oleh orang awam,” kata komander tentera Somalia Ahmed Ali, melalui panggilan telefon. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button