Berita Utama

12 rakyat Malaysia dikhuatiri hilang ketika ekspedisi di India

Wisma Putra giat kesan, pantau perkembangan di Himachal Pradesh

BANGI, 23 Zulhijjah 1444H, Rabu – Kementerian Luar Negeri sedang giat menyelaras usaha mengesan 12 rakyat Malaysia yang tidak dapat dihubungi ahli keluarga masing-masing, berikutan fenomena hujan lebat yang melanda wilayah utara India, pada 9 Julai lalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian berkata, pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi telah dimaklumkan bahawa kumpulan terbabit sedang menyertai ekspedisi pengembaraan di pergunungan Manali, Himachal Pradesh, India.

Katanya, pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia juga akan terus memantau perkembangan di Himachal Pradesh dan menasihatkan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular untuk berhubung terus dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi.

“Rakyat Malaysia juga dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan terus berwaspada serta sentiasa mengikuti perkembangan cuaca di setiap lokasi yang dikunjungi.

“Sebarang perkembangan terkini mengenai status rakyat Malaysia yang terkesan dalam kejadian ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button