Berita Utama

Noh Omar jangka tsunami politik di Selangor

Sokongan rakyat kini beralih kepada PN

BANGI, 23 Zulhijjah 1444H, Rabu – Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar membayangkan berlaku tsunami politik di Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti – sekali gus penukaran kerajaan daripada Pakatan Harapan (PH) kepada Perikatan Nasional (PN).

Beliau yang kini menyokong PN berkata, tsunami berkenaan berlaku berikutan sokongan rakyat Selangor kini beralih kepada PN dan meningkat ketika ini.

Katanya, tsunami politik pernah berlaku di negara ini dan ia sangat luar biasa.

“Kalau kita ingat pada Pilihan Raya Umum ke- 11 (PRU ke11) pada 2004 di Selangor, Barisan Nasional (BN) menang 100 peratus kerusi Parlimen.

“Selayang pun BN menang pada masa itu, Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 56 kerusi, BN menang 54, hanya dua saja iaitu DAP menang iaitu Sungai Pinang dan Sekinchan.

“Tetapi perubahan berlaku lagi pada Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008, BN kalah teruk di Selangor,” katanya.

Noh yang pernah menjawat sebagai Menteri Pertanian dan Asas Tani berkata, daripada daripada 22 kerusi Parlimen yang disandang BN, Selangor hanya memperoleh lima kerusi pada PRU 2008 manakala daripada 54 kerusi DUN, tinggal 20 sahaja menyebabkan parti itu tumbang di Selangor.

Justeru, beliau menjangkakan tidak mustahil, tsunami itu kembali berulang pada PRN kali ini.

“Kalau peristiwa tsunami 2008 mampu menukar kerajaan BN, saya fikir PRN kali ini juga tsunami akan berlaku lagi sekali gus menukar kerajaan PH di Selangor,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button