Hong Kong haramkan produk import dari Jepun
Bantah keputusan Jepun mahu buang sisa radioaktif ke laut

HONG KONG, 24 Zulhijjah 1444H, Khamis – Hong Kong mengharamkan produk yang di import dari Fukushima dan beberapa wilayah di Jepun sekiranya negara itu bertindak membuang sisa radioaktif di laut.
Setakat ini, import produk tertentu seperti buah-buahan dan sayur-sayuran telah diharamkan.
Setiausaha Alam Sekitar dan Ekologi, Tse Chin-Wan berkata, walaupun sisa air dari loji nuklear Fukushima itu dirawat sebelum disalurkan ke Laut Pasifik, tetapi kesilapan proses boleh memberi risiko ekologi dan keselamatan makanan.
Kebimbangan berkenaan berpunca rancangan kontroversi Jepun yang mendapat sokongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mahu membuang sisa berkenaan secara berperingkat.
“Penilaian kami menunjukkan wilayah berhampiran Fukushima membuat risiko yang tinggi, jadi kami tanggungjawab untuk menyelamat penduduk kami,” katanya.
10 wilayah yang terkesan termasuk Tokyo, Fukushima, Chiba, Tochigi, Ibaraki, Gunma, Miyagi, Niigata, Nagano dan Saitama, katanya.
Gempa bumi dan tsunami pada Mac 2011 memusnahkan sistem loji nuklear Fushima Daiichi sekali gus menyebab tiga reaktor rosak sehingga pengeluaran jumlah yang besar sinaran radioaktif.
Pada 2021, kerajaan Jepun mengumumkan rancangan untuk melepaskan sinaran radioaktif secara berperingkat-peringkat – mendakwa radioaktif yang rendah berikutan pencairannya kepada tahap yang dikatakan selamat.
Minggu lalu, agensi nuklear PBB mengesahkan rancangan berkenaan memenuhi piawaian antarabangsa dan tidak memberi kesan kepada alam sekitar dan kesihatan.
Bagaimanapun rancangan itu telah mendapat bantahan daripada komuniti nelayan tempatan yang bimbang tentang keselamatan dan menyebabkan kerosakan hidupan laut.
Malah, negara-negara jiran, termasuk Korea Selatan, China dan negara-negara Pulau Pasifik, juga telah membangkitkan kebimbangan keselamatan. – Agensi