Berita Utama

Menteri Luar Turkiye adakan lawatan rasmi ke Malaysia

Bincang kerjasama termasuk isu perdagangan dan pelaburan

PUTRAJAYA, 26 Zulhijjah 1444H, Sabtu – Menteri Luar Turkiye Hakan Fidan melawat Malaysia pada 15 hingga 16 Julai.

Ini merupakan lawatan pertama Fidan ke Malaysia sejak dilantik sebagai Menteri Luar pada 3 Jun 2023.

Lawatan itu membincangkan pelbagai isu yang melibatkan kerjasama di antara kedua-dua buah negara selaras dengan peningkatan taraf hubungandua hala kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada Julai 2022, menurut kenyataan itu.

Agenda utama perbincangan merangkumi kerjasama dalam pelbagai aspek termasuklah perdagangan dan pelaburan, pertahanan, pendidikan, serta sains dan teknologi.

Selain itu, menyentuh juga isu pelbagai serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama, termasuk isu-isu yang melibatkan umat Islam.

Fidan juga mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menurut Wisma Putra.

Turkiye merupakan rakan dagangan ketiga terbesar Malaysia, destinasi eksport terbesar dan destinasi import keenam terbesar dari rantau Asia Barat.

Pada 2022, jumlah dagangan Malaysia dengan Turkiye meningkat 12.6 peratus kepada RM20.25 bilion (AS$4.62 bilion) daripada RM17 bilion (AS$4.10 bilion) pada 2021. 

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button