Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

BERJASA bawa imej watan, tawar agenda Impian Nasional

Rangka 6 teras, sasar Malaysia ke arah negara lebih baik

BANGI, 28 Zulhijjah 1444H, Isnin – BERJASA menepis tohmahan pihak tertentu yang mendakwa parti itu ultra nasionalis, pemecah perpaduan kaum dan bersifat perkauman.

Naib Presiden BERJASA, Afif Badhrulhisham berkata, segala tohmahan yang dilemparkan kepada parti berkenaan adalah tidak benar serta tidak menggambarkan imejnya yang sebenar.

Beliau menegaskan, BERJASA adalah parti yang berimejkan watan dan membawa agenda masa hadapan untuk negara dengan menawarkan ‘blue print’ Impian Nasional kepada rakyat Malaysia.

“Oleh sebab itu, parti ini selain ingin membawa imej yang beridentitikan watan, BERJASA juga dikenali sebagai parti masa hadapan dengan menawarkan agenda Impian Nasional kepada rakyat Malaysia yang menggariskan enam teras utama.

“Antara enam teras tersebut ialah politik dan kepimpinan, ekonomi dan sara hidup, teknologi dan alam sekitar, pendidikan dan modal insan, Perlembagaan dan perundangan serta identiti nasional dan perpaduan.

“Kesemua teras ini dirangka oleh BERJASA untuk membawa negara Malaysia ke arah yang lebih baik pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan mengenai pengenalan BERJASA dalam Wacana Impian Nasional (WIN),  yang disiarkan di Facebook Wanita BERJASA Malaysia pada Sabtu lalu.

Selain berkongsi mengenai agenda dan hala tuju parti itu, Afif turut menerangkan secara terperinci berkenaan sejarah penubuhan BERJASA yang dahulunya berwarna hijau sehingga ditransformasikan dengan imej lebih segar menggunakan warna magenta.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button