Artikel KhasUncategorized

Kenapa terlalu rasis? Ajar sajalah murid Melayu bahasa Cina

Sudah sampai masanya KPM kaji semula kedudukan SJKC

PERSATUAN Ibu Bapa Pendidikan Cina (Hua Xie) membangkitkan isu betapa susahnya guru-guru Cina kerana mereka dibebankan untuk mengajar bahasa Cina kepada murid Melayu yang tidak pandai bahasa Cina di SJKC.

Kenapa persatuan rasis ini tidak pernah bertanya dan ambil tahu, betapa susahnya guru-guru Melayu yang mengajar bahasa Melayu kepada pelajar Cina yang gagal bahasa Melayu semasa di SJKC, kemudian masuk kelas peralihan di sekolah menengah?

Kenapa guru-guru Melayu yang mengajar bahasa Melayu tidak pernah bersungut akan kesusahan mereka mengajar bahasa Melayu kepada murid Cina lepasan SJKC ini?

Siapa yang lebih rasis dan teramat rasis?

Apabila timbul kontroversi kewujudan sekolah vernakular SJKC dalam sistem Pendidikan negara, maka berteriaklah persatuan rasis Pendidikan Cina, mengatakan bahawa SJKC kekal relevan dan mendapat sambutan, sebab ramai orang Melayu menghantar anak-anak mereka ke SJKC, hampir 20 peratus di seluruh negara katanya.

Pelik hari ini, kenapa persatuan rasis Hua Xie, baru-baru ini, membangkitkan masalah susahnya guru-guru Cina mengajar bahasa Cina kepada murid Melayu yang tidak dapat menguasai bahasa Cina dengan baik.

Nampak tak betapa ultra kiasunya mereka ini? Bila sesuatu menyusahkan mereka, bukan main lantangnya mereka menentang, tetapi bila sesuatu menguntungkan, mereka senyap.

Mereka mengalu-alukan kan orang Melayu masuk SJKC, bagi memastikan SJKC kekal relevan, tetapi mereka tidak mahu guru-guru mereka disusahkan jika murid Melayu tidak pandai bahasa Cina? Tidakkah sepatutnya mereka merasa bangga dan rela berkorban untuk murid-murid Melayu ini.

Ini tidak, mereka bukan sahaja rasis, malah amat mementingkan diri dan bangsa sendiri?

Pengerusi persatuan rasis juga berkata, proses pengajaran mungkin akan dilambatkan kerana pelajar bukan Cina tidak dapat mengikuti pembelajaran dan kedua-dua pelajar dan guru akan menghadapi masalah. Oleh itu, katanya, sekolah rendah Cina perlu berbincang dengan Kementerian Pendidikan.

Maknanya, kementerian Pendidikan kena ikut desakan persatuan rasis ini.

Persatuan rasis ini berkata lagi, jika terlalu ramai pelajar bukan Cina di sesebuah sekolah rendah Cina, maka mereka akan diagihkan sama rata ke sekolah rendah Cina lain untuk memperbaiki keadaan.

Persatuan ini rasis pula mahu bertindak menjadi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)

Saya puji inisiatif persatuan rasis ini yang turut mencadangkan kepada pihak sekolah untuk menyediakan kelas tuisyen bahasa Cina tambahan untuk pelajar bukan Cina supaya mereka dapat mengikuti pembelajaran lebih cepat dan guru tidak akan terbeban dalam waktu kelas biasa. Masalahnya, kenapa kamu bersungut dan mendesak. Buat sahajalah yang terbaik untuk murid Melayu di SJKC? Nampak sangat mereka rasis dan tidak Ikhlas.

Semakin rasis lagi, persatuan rasis ini turut membangkitkan isu sensitif, mereka menolak guru Melayu mengajar bahasa Cina kepada murid-murid Cina. Jika semakin ramai pelajar bukan Cina yang menguasai bahasa Cina, mungkin akan lebih ramai guru bukan Cina yang akan mengisi kekosongan jawatan guru Bahasa Cina.

Jika ramai guru Melayu mengajar bahasa (Cina) di SJKC, maka guru Melayu ini akan gagal mewariskan budaya (Cina) kepada murid Cina, ini boleh menyebabkan murid Cina, kehilangan budaya Cina secara beransur-ansur.

Dalam kata lain, jika ada orang Melayu, menjadi guru bahasa Cina mengajar di SJKC, guru Melayu ini tidak boleh diterima kerana guru Melayu mengajar bahasa Cina ini tidak dapat mencinakan murid Cina menjadi secina-cinanya.

Kenyataan daripada persatuan rasis ini amat kurang ajar dan tidak sepatutnya keluar.

Sekolah Cina bentuk apakah yang ingin diwujudkan dalam sebuah negara yang majoritinya adalah Melayu dan Bumiputera?

Melayu pandai bahasa Cina salah, dikatakan jika mengajar bahasa Cina, mereka tidak menghayati budaya Cina

Amat jelas sekali persatuan rasis mahu murid-murid SJKC menjadi secina-cinanya.

Kamu ini tinggal di Malaysia atau negara China?

Saya amat hairan dengan Cina sebegini, Cina bagaimanakah yang hendak dilahirkan. Adakah Cina yang lebih Cina daripada Cina di negara China? Cina di negara China pun tidak secina ini?

Prof Shad Faruqi, pakar undang-undang dan Perlembagaan, pernah menyatakan, kewujudan SJKC tidak mengikut lunas Perlembagaan kerana orang Cina hanya dibenarkan belajar bahasa Cina, bukan belajar dalambahasa Cina.

Peliknya, dalam keadaan sebeginipun, persatuan rasis ini begitu berani menuntut perkara-perkara yang tidak masuk akal, sanggup mempertikaikan kedudukan murid-murid Melayu di SJKC yang lemah bahasa Cina sehingga membebankan guru-guru Cina untuk memandaikan murid-murid Melayu dalam bahasa Cina.

Tidakkah guru-guru ini boleh menerima hakikat kesusahan ini sebagaimana kesusahan guru-guru Melayu yang mengajar subjek bahasa Melayu kepada murid-murid Cina yang gagal bahasa Melayu di SJKC, apabila mereka masuk kelas peralihan ke sekolah menengah?

Jika kita bandingkan antara kedua bangsa, satu pribumi dan satu lagi pendatang, siapakah yang lebih terbuka dan paling bertolak ansur?

Sudah sampai masanya Kementerian Pendidikan mengkaji semula kedudukan SJKC dalam sistem Pendidikan negara. Jangan terus tunduk kepada desakan mereka.

Selama ini, kementerian telah tunduk kepada desakan mereka. Contohnya, silibus bahasa Melayu yang amat mudah berbanding dengan sekolah kebangsaan. Penambahan masa pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di SJKC turut tidak dapat dilaksanakan kerana ditentang hebat oleh persatuan rasis ini.

Kenapa bangsa saya tidak pernah sedar diri siapa diri mereka sebenarnya? Apakah semua ini berlaku disebabkan oleh politik bodoh kita sehingga merugikan agama, bangsa dan negara?

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button