Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Janji Zahid naik peruntukan ekonomi gig jangan sekadar ‘gula-gula’ politik

BERJASA akan tuntut pastikan cadangan masuk dalam Belanjawan 2024

BANGI, 29 Zulhijjah 1444H, Selasa – BERJASA berharap cadangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menaikkan peruntukan ekonomi gig daripada RM100 juta kepada RM500 juta dalam Bajet 2024, bukan sekadar retorik atau ‘gula-gula’ politik untuk Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ketua Pemudanya, Fahmi Bazlan berkata, penambahan peruntukan itu adalah suatu usaha yang sangat dialu-alukan, seiring perkembangan industri gig sebagai ruang pekerjaan baharu yang popular di Malaysia.

Namun, beliau bimbang sekiranya cadangan Ahmad Zahid  hanya dijadikan sebagai ‘gula-gula’ politik menjelang PRN, memandangkan 1.2 juta rakyat di negara ini terbabit dengan ekonomi gig.

“Jadi, saya melihat ia adalah satu peluang atau pun tawaran yang baik sebenarnya kepada mereka yang terlibat dengan industri gig.

“Cuma pada saya, kita bimbang ia menjadi suatu yang jika tidak dibawa kepada bertulis, atau terus membawa kepada polisi dimasukkan ke dalam belanjawan, ia akan hanya sekadar menjadi retorik, habuan atau gula-gula politik yang sengaja dilontarkan menjelang PRN,” katanya.

Fahmi mendakwa, situasi itu tidak mustahil berlaku memandangkan perkara sama pernah dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tawaran-tawarannya sebelum ini.

“Ini sama dilakukan Datuk Seri Anwar bila menawarkan harga minya turun, PTPTN dihapuskan. 

“Kita tidak mahu kerajaan pada masa akan datang terus menabur janji-janji palsu sehingga menyebabkan rakyat tertunggu-tunggu,” katanya.

Mewakili anak muda, beliau menegaskan akan memastikan cadangan Ahmad Zahid itu dituntut untuk dimasukkan ke dalam belanjawan negara tahun depan.

“Dan kita pastikan bahawa setiap belanjawan yang telah dicadangkan oleh pihak kerajaan ia perlu diurus dan dipastikan sampai kepada sasarannya dengan baik, supaya tidak hanya baik dibentangkan dalam belanjawan tetapi dari segi aplikasi dan pelaksanaan ia gagal,” katanya.

Berita berkaitan;

Kerajaan tubuh SEGiM secepat mungkin

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button