Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

UMNO tak diberi muka untuk bangkit, jumlah kerusi makin sikit

Awal-awal dah kena ‘sabotaj’, UMNO 'terkubur' di negeri dikuasai PH

BANGI, 29 Zulhijjah 1444H, Selasa – Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menjangkakan UMNO-BN akan ‘terkubur’ di tiga negeri yang diterajui Pakatan Harapan (PH).

Beliau menjangkakan, ketiga-tiga negeri iaitu Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang akan kekal didominasi oleh PH.

Ini susulan DAP Negeri Sembilan yang menyatakan sokongan supaya Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun terus diberi peluang menerajui kepimpinan negeri itu sebagai Menteri Besar sekiranya Kerajaan Perpaduan dapat memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, beliau akan membawa usul tersebut kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dipertimbangkan.

Annuar Musa bagaimanapun mempertikaikan sokongan itu yang didakwanya satu tindakan untuk menghalang UMNO daripada semakin berkuasa dalam Kerajaan Perpaduan.

“Tak aci. DAP awal-awal lagi ‘sabotaj’ UMNO di Negeri Sembilan dengan menyokong Datuk Seri Aminuddin Harun jadi Menteri Besar, tutup pintu buat UMNO Negeri Sembilan.

“Setelah sebelum ini mereka juga berjaya kembirikan UMNO di Pulau Pinang dengan memberi jumlah kerusi yang amat kecil pada UMNO dan BN,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Mengulas lanjut, Annuar Musa berkata, malang bagi UMNO kerana terpaksa tunduk kepada kuasa penentu DAP, yang kini semakin membuktikan kebenaran kata-kata Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa UMNO hanya menumpang kasih.

“Bijaknya (mereka), mereka berjaya jadikan UMNO tunggangan untuk mereka berkuasa, tapi mereka langsung tidak membantu atau beri muka kepada UMNO untuk bangkit.

“Nampaknya UMNO dan BN terkubur awal di Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang. Kekal dominasi PH,” dakwanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button