Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

10 maut, lebih 100 lagi tertimbus tanah runtuh di India

Hujan masih berterusan, tiada angka tepat jumlah mangsa terperangkap

MUMBAI 2 Muharam 1445H, Khamis – Sekurang-kurangnya 10 terbunuh dan puluhan yang lain dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di sebuah perkampungan di negeri Maharashtra, selepas hujan lebat berterusan di wilayah itu.

Menurut Ketua Menteri Maharashtra, Eknath Shinde, kejadian tanah runtuh berlaku pada tengah malam di Kawasan pergunungan Irshalwadi, kira-kira 60 kilometer dari Mumbai.

“Setakat ini, 10 mayat sudah ditemui dan lebih 80 mangsa berjaya diselamatkan tetapi perkampungan kecil ini dianggarkan mempunyai sekurang-kurangnya 225 penduduk.

“Sebanyak 48 keluarga tinggal di sana manakala 75 orang telah berjaya dipindahkan dan lima orang disahkan maut, setakat ini,” katanya.

Laporan awal mendapati lebih 100 penduduk dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan dan pasukan penyelamat sedang bertungkus-lumus mencari mangsa yang terselamat.

Beliau yang berada di lokasi kejadian berkata, tindakan penjaja air balang itu adalah untuk menarik perhatian orang ramai., dan kerja-kerja pencarian masih diteruskan.

Semalam, Jabatan kaji Cuaca menjangkakan beberapa daerah di negeri itu merekodkan hujan lebih 100 milimeter dengan lebih banyak hujan lebat diramalkan dalam tempoh 24 jam. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button