Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Kenyataan Kit Siang sangat provokatif

Annuar yakin rakyat kini sudah matang, tak mudah lupa sejarah

BANGI, 2 Muharam 1445H, Khamis – Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa menyifatkan dakwaan veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang bahawa negara sedang terumbang-ambing ke arah rusuhan seperti tragedi 13 Mei 1969 sebagai provokatif dan tidak diperlukan.

Menerusi hantaran di Facebook beliau malam tadi, Annuar mempersoalkan sama ada tindakan bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu boleh dibiarkan.

Ini kerana, rata-rata suasana sangat harmoni bahkan tiada situasi api perkauman seperti yang pernah ditiupkan sesetengah pihak sebelum dan selepas 13 Mei 1969.

“Tiada perarakan ala perarakan mayat ‘pahlawan merah’ 1969. Tiada provokasi isu mempertikaikan status Bumiputera, Malaysian Malaysia dan lain-lain.

“Mungkin kerana strategi sesetengah pihak telah berubah bila sudah dapat menguasai sesetengah Wilayah sebagai ‘fix deposit’ (deposit tetap). Strategi kini adalah untuk ‘divide’ and rule’ (pecah dan perintah) pula, lalu dilontar provokasi sedemikan,” katanya.

Terdahulu, Kit Siang mempersoalkan sama ada parti politik dan calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos ini mampu membuat pengisytiharan bahawa mereka tidak mahu rusuhan 13 Mei 1969 berulang di Malaysia.

Bahkan beliau mempersoalkan jika pihak berkenaan boleh menegaskan relevannya prinsip membina negara yang terkandung dalam Rukun Negara demi sebuah Malaysia yang majmuk.

Katanya, selepas 54 tahun, Malaysia ‘terumbang-ambing’ ke arah tepian sebuah lagi rusuhan 13 Mei 1969.

Dalam pada itu, Annuar yang juga bekas Ahli Parlimen Ketereh yakin rakyat kini bersikap matang dan tidak mudah lupa sejarah.

“Kita jaga keamanan dan keluhuran undang-undang insya-Allah. Kita jaga negara kita,” katanya.

Bagaimanapun selepas dikritik pelbagai pihak, Kit Siang hari ini mempertahankan kenyataannya, dan mempersoal adakah beliau terlalu dramatik apabila mendakwa ‘selepas 54 tahun, Malaysia hampir-hampir ke arah satu lagi rusuhan 13 Mei 1969.

“Mari kita fikirkan kembali hari-hari 11, 12, dan 13 Mei 1969. Adakah sesiapa menjangkakan rusuhan 13 Mei 1969 akan meletus?

“Pelik apabila selepas lebih tiga dekad, saya telah dituduh menyebabkan rusuhan 13 Mei 1969.

“Dakwaan liar dan tidak masuk akal bahawa saya menyebabkan rusuhan 13 Mei 1969, pertama kali muncul pada abad ke-21, lebih tiga dekad selepas peristiwa,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button