Berita UtamaDunia

India henti eksport beras putih bukan basmati serta-merta

Pakar jangka larangan bakal beri kesan kepada kenaikan harga makanan global

NEW DELHI, 3 Muharam 1445H, Jumaat – India mengharamkan eksport beras putih bukan basmati di negara itu berkuat kuasa serta-merta.

Kementerian Hal Ehwal Pengguna berkata, larangan berkenaan dilakukan bagi memastikan bekalan beras putih bukan basmati mencukupi di India, serta meredakan kenaikan harga di pasaran domestik.

Beras putih bukan basmati kini menyumbang kira-kira satu perempat daripada eksport beras India.

Bagaimanapun, Ketua Analisis dan Penyelidikan Pelaburan di Hargreaves Lansdown, Emma Wall menjangkakan tindakan larangan berkenaan boleh menaikkan harga makanan global.

“Adalah adil untuk mengatakan situasi ini akan memberi kesan yang cukup ketara kepada harga makanan global, selepas ini” katanya.

India ialah pengeksport beras terbesar dunia, menyumbang lebih daripada 40 peratus dalam penghantaran global.

Beras bukan basmati biasanya dieksport ke negara-negara di Asia dan Afrika.

Sebelum ini, kerajaan India mengenakan cukai eksport sebanyak 20 peratus untuk cuba menghalang jualan ke luar negara, selain mengehadkan penghantaran gandum dan gula. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button