Dunia

Palestin tuntut masyarakat antarabangsa campur tangan hentikan keganasan Israel

Kutuk pencerobohan di al-Aqsa, tapak arkeologi di Tebing Barat

RAMALLAH, 3 Muharam 1445H, Jumaat – Kementerian Luar Negeri dan Ekspatriat menggesa masyarakat antarabangsa untuk segera campur tangan menghentikan pencerobohan pengganas Israel ke atas rakyat, tanah, harta benda dan kedaulatan Palestin.

Dalam satu kenyataan akhbar pada Khamis, kementerian itu mengutuk tindakan pasukan pendudukan dan peneroka haram Israel menyerbu bandar Nablus, yang mengakibatkan kematian Badr al-Masri, 19, dan ramai yang lain cedera.

Kementerian juga mengutuk pencerobohan peneroka ke dalam Masjid al-Aqsa dan tapak keagamaan, arkeologi serta bersejarah di Tebing Barat.

Ini termasuk aktiviti perobohan yang dilakukan pasukan pendudukan Israel di Kawasan C di Tebing Barat yang diduduki.

“Pelanggaran dan jenayah ini termasuk dalam skim penjajah dan perluasan (pendudukan) yang melemahkan peluang untuk Palestin mencapai sebuah negara merdeka, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara,” kata kenyataan itu.

Kementerian Luar menganggap kerajaan haram Israel bertanggungjawab sepenuhnya atas pelanggaran dan jenayahnya di seluruh Palestin yang diduduki, sekali gus menuntut campur tangan antarabangsa bagi memaksa negara pendudukan menghentikan semua langkah unilateralnya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button