Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

PRN: Presiden BN umum calon UMNO malam ini

Hanya libatkan calon UMNO sahaja, MIC, MCA tidak bertanding

BANGI, 3 Muharam 1445H, Jumaat – Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN), pada malam ini di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Pengumuman calon tersebut akan dilakukan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Timbalan Pengerusi, Datuk Seri Mohamad Hasan; serta kepimpinan tertinggi parti-parti komponen UMNO, MCA, MIC dan Friends of BN.

Dalam PRN ini, BN yang julung kalinya bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) atas nama Kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 lalu, bakal menampilkan calon-calon daripada UMNO sahaja.

Hal demikian berikutan parti komponennya, MIC dan MCA mengambil keputusan untuk tidak bertanding pada 12 Ogos ini.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian bagi PRN serentak di enam negeri pada 12 ogos.

Manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 29 Julai dan pengundian awal pada 8 Ogos.

Terengganu juga bakal menyaksikan pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu pada tarikh sama.

Terkini, seramai 9,773,571 pemilih terlibat dalam PRN kali ini mengikut data terkini Daftar Pemilih Tambahan April 2023 sehingga 21 Jun lalu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button