Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

Russia lancar serangan dron musnah 600,000 tan bijirin

IMF jangka harga makanan meningkat jika Russia enggan teruskan perjanjian bijirin Laut Hitam

KYIV, 3 Muharam 1445H, Jumaat – Russia memusnahkan kira-kira 600,000 tan bijirin untuk tujuan eksport dalam serangan dron dan peluru berpandu di wilayah Odesa, Pelabuhan Laut Hitam.

Keengganan Moscow untuk memperbaharui perjanjian bagi membenarkan laluan selamat bijirin Ukraine melalui Laut Hitam telah menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan makanan global.

Malah, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berkata, penarikan diri Russia daripada perjanjian itu mengancam harga makanan, terutamanya di negara-negara miskin.

“Russia sengaja menyasarkan infrastruktur perjanjian bijirin, setiap peluru berpandu Russia adalah serangan, bukan sahaja ke atas Ukraine tetapi kepada semua orang di dunia yang mahukan kehidupan yang normal dan selamat,” tegas Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky.

Sementara itu, Menteri Pertanian Ukraine, Mykola Solsky berkata, tentera Russia telah melancarkan 63 peluru berpandu dan dron menyasarkan infrastruktur dan kemudahan ketenteraan di wilayah Odesa.

Situasi berkenaan menyebabkan sebahagian besar infrastruktur eksport bijirin di Pelabuhan Chornomorsk di barat daya Odesa rosak, sekali gus menyebabkan 60,000 tan bijirin musnah.

Komando tentera Ukraine berkata, Russia menggunakan peluru berpandu supersonik, termasuk Kh-22 yang direka untuk membawa keluar kapal pengangkut pesawat, untuk memusnahkan infrastruktur pelabuhan Odesa.

Serangan berkenaan menyebabkan 10 orang awam, termasuk seorang budak lelaki berusia 9 tahun, cedera.

Bukan itu sahaja, terminal bijirin serta kemudahan-kemudahan di kawasan perindustrian, gudang, pusat beli-belah, bangunan kediaman dan pentadbiran serta kereta turut mengalami kemusnahan yang teruk. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button