Berita Utama

Vokalis The 1975 pegang botol arak, hina undang-undang LGBT

Konsert dihentikan, menteri panggil penganjur minta penjelasan

KUALA LUMPUR, 4 Muharam 1445H, Sabtu – Penganjur Good Vibes Festival 2023 telah diminta memberi penjelasan susulan tindakan kumpulan The 1975 yang membuat aksi kurang sopan dalam konsert yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, malam tadi.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dalam perkongsian di Twitter turut memaklumkan akan berhubung dengan pihak berkuasa untuk mendapatkan laporan penuh insiden itu.

β€œIni satu tindakan yang sangat biadab. Saya telah panggil penganjur untuk beri penjelasan dan akan berhubung dengan pihak berkuasa untuk dapatkan laporan penuh,” katanya.

Media melaporkan persembahan The 1975 di Good Vibes Festival 2023 dihentikan selepas vokalisnya Matty Healy menunjukkan pelbagai aksi kurang sopan di hadapan peminat.

Beliau didakwa memegang botol arak ketika berada di atas pentas selain membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT). – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button