Hedonisme yang kian membarah
Bukan isu siapa kerajaan, tapi budaya berhibur dalam masyarakat tak dibendung secara serius

1. BUDAYA apa yang nak diterapkan di negara ini? Dalam masa sebahagian pihak cuba menonjolkan bahawa dakwah berlaku di sana sini, di masa yang sama penganjuran konsert-konsert yang tidak bermoral ini terus berjalan.
2. Bukan setakat isu jemputan Coldplay yang kecoh beberapa bulan dahulu, tetapi konsert-konsert seumpamanya terus berjalan secara senyap-senyap dalam skala kecil atau besar.
3. Kita yang hanya bergaul dengan rakan sekerja profesional, atau hanya bergaul di kejiranan surau masjid… mungkin tidak tahu apa yang berlaku di dunia hiburan.
4. Rakan-rakan yang mengikuti perkembangan dunia hiburan tahu bahawa di sana terdapat penganjuran konsert-konsert yang pelbagai. Bahkan dulu pada 2014, kita pernah dikejutkan dengan konsert yang tidak diiklankan secara meluas, hanya diketahui setelah beberapa penonton mati.
5. Dalam tempoh 20 tahun ini boleh disenaraikan berapa banyak penganjuran sudah berlangsung. Sebahagiannya mungkin melepasi batas moral budaya kita orang Timur.
Jadi ini bukan isu siapa kerajaan, tetapi satu budaya berhibur dalam masyarakat yang tidak dibendung dengan serius. Dan semestinya ia akan bertambah buruk jika kerajaan sendiri pun jenis yang suka hiburan begini.
6. Walau apa pun yang berlaku, moga pendakwah Islam, ngo, parti politik Islam dan tokoh-tokoh kemasyaratan tidak menyerah kalah dan pasrah dengan fenomena yang berlaku. Terus mendidik masyarakat dengan nilai-nilai Islam yang murni. Rawat masalah dari akar umbinya.
Ke arah ummah fadhilah.
Wallahua’lam
Perunding Kanan Hubungan Antarabangsa ISMA
Ustaz Fauzi Asmuni