Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

UNGA terima pakai resolusi provokasi terhadap kitab suci

Tindakan biadab ke atas simbol agama langgar hak asasi

GENEVA, 8 Muharram 1445H, Rabu – Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) menerima pakai resolusi pada Selasa yang mengecam semua tindakan keganasan terhadap kitab suci sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa.

Keputusan itu dibuat susulan beberapa siri pembakaran dan penghinaan terhadap al-Quran di negara-negara Eropah, termasuk di hadapan sebuah masjid di Sweden, yang mendapat kebenaran polis sehingga menimbulkan kemarahan antarabangsa.

Pemimpin dan ahli politik Islam menegaskan bahawa tindakan biadab dan provokasi seperti itu tidak dilindungi oleh undang-undang kebebasan bersuara.

Seramai 193 anggota perhimpunan agung menerima pakai resolusi yang digubal oleh Maghribi secara konsensus.

“Ia amat mendukacitakan semua tindakan keganasan terhadap individu berdasarkan agama atau kepercayaan mereka.

“Tindakan sedemikian yang ditujukan terhadap simbol agama mereka, kitab suci, rumah, perniagaan, harta benda, sekolah, pusat kebudayaan atau tempat ibadat, serta semua serangan ke atas dan di tempat keagamaan, tapak dan kuil yang melanggar undang-undang antarabangsa,” katanya.

Pada 12 Julai, Majlis Hak Asasi Manusia PBB yang berpangkalan di Geneva turut mengutuk serangan terhadap al-Quran baru-baru ini, walaupun negara-negara Barat mengundi menentang resolusi itu.

Resolusi itu menggesa kecaman terhadap serangan yang menyasarkan al-Quran dan menyifatkan ia sebagai tindakan kebencian agama.- Agensi

Erdogan turut menegaskan adalah penting bagi masyarakat antarabangsa, khususnya  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk terbabit dalam isu Palestin.

“Menubuhkan negara Palestin yang merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya, dalam sempadan 1967 berdasarkan parameter PBB, adalah penting untuk keamanan dan kestabilan seluruh wilayah kita,” tegasnya.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, juga dijangka melawat Turkiye minggu ini, bagaimanapun perjalanan itu ditangguhkan selepas beliau menjalani pembedahan tidak dijadualkan pada hujung minggu.

Ankara sangat menyokong penyelesaian dua negara bagi konflik Israel-Palestin, termasuk penubuhan negara Palestin, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button