Berita UtamaDunia

Mesir catu elektrik meski musim panas

Penjawat awam kerja di rumah elak guna elektrik berlebihan

KAHERAH, 10 Muharam 1445H, Jumaat – Kerajaan Mesir melaksanakan langkah kecemasan termasuk membuat catuan elektrik dan meningkatkan import bahan api dalam usaha menangani kekurangan tenaga pada musim panas, lapor Reuters.

Perdana Menteri, Mostafa Madbauly berkata, Kaherah akan mengimport antara AS$250 juta hingga AS$300 juta bahan api Mazut dan menguruskan catuan elektrik.

Situasi berkenaan mendorong kakitangan awam kerajaan bekerja dari rumah dalam beberapa hari, bulan depan sebagai usaha mengurangkan penggunaan elektrik.

Awal bulan ini, kerajaan telah mengumumkan pemotongan bekalan elektrik secara tetap dan menghadkan penggunaan termasuk musim panas.

Sejak kebelakangan ini, penduduk mengadu beberapa kawasan di bandar itu berdepan cuaca panas melebih 40 darjah Celsius ketika gelombang panas yang telah menjejaskan selatan Eropah dan Afrika utara dengan suhu melampau di tempat lain di Hemisfera utara.

Mustofa menerangkan tahun lalu Mesir membuat penggunaan maksimum gas asli dan mazut sehingga 129 meter padu dan Julai ini penggunaan harian mencecah 152 juta meter padu.

Minggu lalu, Menteri Petroleum Tarek El Molla berkata, Mesir akan memulakan import gas asli semula pada musim luruh sebagai usaha tangani penggunaan domestik pada musim panas. – Agensi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button