Berita Utama

Separuh calon PN di Terengganu golongan ulama

Setiap calon ditapis ketat, ada rekod prestasi amanah

MARANG, 10 Muharam 1445H, Jumaat – Separuh daripada 32 calon Perikatan Nasional (PAS) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu nanti adalah daripada golongan ulama, kata Pesuruhjaya PAS negeri, Senator Datuk Husain Awang. 

“Separuh daripada 32 itu adalah ulama, manakala selebihnya terdiri daripada golongan profesional, usahawan dan mereka dari latar belakang lain.

“Ini menggambarkan jenis kerajaan negeri yang PAS dan PN mahu bentuk apabila berjaya mempertahankan negeri,” kata Hussain dalam ucapannya dalam majlis di Rusila, malam tadi.

PAS kini menguasai 22 daripada 32 kerusi dan telah mentadbir negeri itu sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018.

Sementara itu, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang turut hadir pada majlis itu berkata, semua calon telah melalui proses tapisan yang ketat sebelum mereka dipilih.

“Kami tidak memilih mereka yang tidak boleh dipercayai atau mereka yang mempunyai masalah peribadi. Kami hanya memilih mereka yang mempunyai rekod prestasi amanah,” kata Abdul Hadi, yang juga Ahli Parlimen Marang.

Abdul Hadi kemudian menggesa ahli parti supaya berusaha ke arah menawan kesemua 32 kerusi dalam pilihan raya, yang berlangsung pada 12 Ogos.

Pautan senarai calon PN Terengganu;

SENARAI CALON PN DUN TERENGGANU

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button